Aku Menulis Untuk Mengingatkan Diriku..Ya Allah..bantulah aku dalam mengingati-Mu, mensyukuri-Mu dan memperelokkan amal ibadahku kepada-Mu..

Wednesday, December 26, 2012

Perayaan Bersukaria?? atau Perayaan Berhikmah??

0120 am..dan aku masi bangun..opsss..bukan masi bangun..terbangun..klu ikut kalendar Masihi, hari ini 26hb dec suda..supposedly teda suda la gangguan bunyi..tp rupanya masi rancak lagi pesta itu dijalankan..dan aku terbangun tengah2 malam ini..ku lihat laptopku yang sedari tadi ku biarkan on..sambil surah2 juz amma masi lagi berulang2 diputarkan oleh laptopku..aku terpanggil utk mengisi sedikit perkongsian rasa di blog yg usang ini..

Krismas ataupun Perayaan Hari Natal.  Siapa tidak tahu akan perayaan ini..ianya disambut setiap 25 dec oleh org2 yang beragama kristian..ianya diraikan untuk menyambut hari keputeraan Nabi Isa A.S..hari kelahiran rasul yang ke-24..bila tibanya tarikh ini, maka banyaklah persoalan2 yg ditimbulkan..tidak kurang juga ada yg cuba untk bertegas dalam sesuatu hal..bagi seorang Islam misalnya..adakah mereka boleh atau tidak mengucapkan selamat hari natal ataupun Merry Christmas kepada sahabat2 yang beragama Kristian??

sy sendiri agak confuse pada mulanya mengenai hal ini..kemudian sy bertanyakan pula pandangan seorang sahabat..ustaz..dan membaca pula buku mengenai hal ini..dahulu, ulama sepakat mengatakan bahawa tidak boleh mengucapkan perkataan tersebut kepada apapun perayaan agama kerana ianya seperti meredhai atau menyetujui agama mereka..ianya berkaitan akidah pegangan setiap mukmin..ulama kontemporari seperti Dr. Yusuf Al-Qaradawi menyatakan bahawa hukum mengucapkannya adalah harus disebabkan beberapa perkara selama mana niat kita tidak bercanggah dengan akidah..iaitu kita menyambut kelahiran Nabi Isa a.s..bukan menganggap atau mengakui bahawa Nabi Isa a.s itu adalah Tuhan..ada jg antara perdebatan itu yg agak menarik bila ianya mengutarakan pendapat "ada ruang2 dakwah". lingkungan dakwah sangatlah luas..dimana2 pun kita berada, pasti akan ada jalan dakwahnya tersendiri..itulah antara perdebatan mengenai hal demikian..

berkaitan pula dengan cara penyambutan perayaan ini..apa yg sy dapat lihat ialah, cara sambutan krismas ini..sy tidak begitu pasti bagaimana perayaan ini disambut..Tapi, apa yg dapat sy lihat adalah..malam sebelum krismas, para penganutnya akan ke gereja..lepas tu kumpul beramai2 dengan keluarga..sanak saudara..dan mungkin ini adalah pandangan peribadi ataupun apa yg sy perhatikan..Krismas dan arak tidak terpisah..ramai sahabat2 yg beragama kristian..apabila menyambut perayaan ini, akan bertanya atau berbincang mengenai arak yg akan menjadi hidangan utama..sy tidak pasti adakah itu cara menyambut Krismas ataupun bagaimana..kalau begitu demikian rupa caranya..dimana penghayatan terhadap kelahiran Nabi Isa a.s..dan ketabahan Ibunda Nabi Isa a.s, Maryam dalam menyahut ujian dari Allah SWT..dalam Al-Quran, Kisah Maryam, Nabi Zulkifli a.s, dan Nabi Isa a.s ini telah diabadikan oleh Allah dalam surah Maryam itu sendiri..apapun ianya bergantung kepada penganutnya sendiri utk mendefinisikan makna Krismas mereka..

Demikian juga dengan Perayaan Hari Raya Aidilfitri n Aidiladha di negara ini..ianya disambut seolah2 tidak lebih hanya sekadar ikut2an ataupun suda menjadi tradisi..penghayatan disebalik semuanya diketepikan..Aidilfitri, tidak lebih hanya anak muda di perantauan yg ingin pulang ke desa masing2..padahal sebenarnya ia adalah tanda kemenangan kaum mukmin setelah bertungkus lumus berpuasa selama sebulan..menahan lapar, dahaga, bekerja dalam keadaan lapar dan dahaga, menahan nafsu amarah, tidak menggauli isteri di siang hari dan perkara2 lain yang boleh membatalkan puasa tersebut..Aidiladha pula tidak lebih hanya menumbangkan binatang ternak..walhal, tujuan perayaan tersebut adalah untuk mengimbau kembali peristiwa manusia pertama yang membuat Qurban..iaitu Habil, anak kepada Nabi Adam a.s, keikhlasan dan ketabahan keluarga Nabi Ibrahim yang diuji oleh Allah agar menyembelih Nabi Ismail a.s tetapi kemudiannya atas rahmat..belas kasihan dan kasih sayang Allah..Allah menukarkan Nabi Ismail dengan seekor haiwan (ada ulama mengatakan ianya kambing dan ada ulama yang mengatakan ianya kibas) yang menjadi titik mula kepada perayaan tersebut..

Mungkin juga agenda Barat yang ingin memisahkan agama dengan kehidupan sehari2 manusia hampir terlaksana..sehinggakan setiap perayaan keagamaan itu disambut hanya untuk bersukaria..tanpa memikirkan hikmah dan pengajaran disebalik setiap perayaan itu..

P/S: Mungkin entri kali ini banyak cacat celanya..jika ada pandangan sy yg saudara/i pembaca tidak setujui, maafkan saya..jika ada fakta tersalah..mohon komen agar sy boleh perbetulkan fakta tersebut..harus diingat..ini adalah pandangan personal penulis..tiada kaitan dengan mana2 pihak lain..Salam Damai..

No comments:

Post a Comment